Soalan-soalan Lazim

Jangan risau. Kami yakin segala persoalan yang bersarang dikepala anda telah ditanyakan oleh orang lain sebelum ini. Kami tidak akan melayan mana-mana soalan yang telah di paparkan disini. Harap maklum.

Siapakah Gerila My ecash ini?

Gerila My ecash adalah komuniti yang bernaung dibawah Prepaid4U iaitu sistem 3rd party Mymode yang di asaskan oleh En. Adi Nor Jaffar bagi membantu mereka yang ingin menceburi perniagaan SMS Prepaid melalui internet.

Apakah MyMode ini?

MyMode adalah sebuah online portal yang dikendalikan oleh sebuah syarikat tempatan Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd yang beribu pejabat di Ampang, Selangor.

Mymode merupakan sebuah perniagaan berasaskan sistem mesej singkat (SMS) untuk produk-produk seperti reload prepaid, barangan kecantikan, produk kesihatan dan lain-lain yang kini merupakan pelopor sistem perniagaan berkonsepkan M-Commerce Business dalam rangka menjadikan Handphone anda sebagai medium utama untuk tujuan transaksi kewangan, perniagaan, dan lain-lain lagi. Setiap urus niaga hanya menggunakan SMS sahaja. Anda boleh mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang MyMode dilaman web rasminya di http://www.mymode.com.my

Apakah teras perniagaan MyMode?

MyMode mengamalkan konsep M-Commerce Business dalam rangka menjadikan Handphone anda sebagai medium utama untuk tujuan transaksi kewangan, perniagaan, dan lain-lain lagi dalam bidang perkhidmatan mobile. Sebagai ejen, anda boleh menjual produk mudah-alih prabayar tanpa perlu membuka rumah-kedai dan menyimpan stok.

Saya bekerja/belajar dan tidak mempunyai banyak masa untuk perniagaan ini, bagaimanakah saya mengurus perniagaan ini?

Ramai daripada mereka yang menjalankan perniagaan ini bekerja atau belajar sepenuh masa. Ini bukanlah ALASAN untuk berjaya kerana konsep mobile perniagaan ini membolehkan anda menguruskan perniagaan secara sambilan. Tiada barangan fizikal yang perlu diangkut dan disimpan di gudang, tidak perlu menyewa premis perniagaan, tidak perlu melawat rumah-ke rumah. Semuanya bermula di hujung jari.

Permintaan kad reload memang sedia wujud dan ia merupakan satu keperluan untuk pemilik telefon bimbit. Malah anda tidak perlu bersusah payah membuat produk demo untuk meyakinkan bakal pelanggan anda!

Fikirkan, mengapa anda ingin ke kedai telefon untuk reload sedangkan anda boleh reload telefon anda sendiri dan sekaligus menambah pendapatan? Sebagai ejen anda akan menikmati penjimatan kad prepaid daripada harga pasaran. Jika anda menjual dan menaja, pendapatan anda akan bertambah berlipat kali ganda.


Bagaimanakah hendak mendaftar menjadi ahli Gerila My ecash?

Anda boleh mendaftar secara percuma dengan mengisi ruangan borang yang telah di sediakan. Kami akan menghubungi anda melalui email atau khidmat pesanan ringkas. Anda boleh membuat pembayaran RM65 dengan menghubungi mana-mana ahli berdaftar yang bernaung di bawah kumpulan kami atau anda juga boleh menjadi ahli Prepaid4U.Net secara percuma. Untuk keahlian percuma, anda tidak perlu membayar apa-apa yuran. Hanya perlu mengisi borang bagi mendapatkan katanama (UserID) dan katalaluan (password) sahaja. Dan sekiranya anda ingin mengUpgrade keahlian anda kepada Agent Mymode, anda boleh membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM65 pada bila-bila masa dengan menekan menu Upgrade VIP.

Berapa banyakkah pendapatan yang boleh saya perolehi melalui MyMode?

Pendapatan yang boleh anda perolehi tidak terhad. Lebih banyak anda jual dan lebih ramai penajaan anda, maka lebih banyaklah pendapatan anda. Ingat, konsep MLM (multi-level-marketing) MyMode membolehkan anda mendapat komisen sehingga sepuluh peringkat. Bina rangkaian anda dengan sistem canggih yang telah kami sediakan. Sila rujuk introducer.

Saya berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi saya menggunakan Post paid, adakah saya masih boleh menyertainya?

Sudah tentu, kerana anda masih berpeluang menjual kad prepaid tersebut kepada mereka yang menggunakan prepaid atau dengan mendaftarkan agent baru. Anda akan menikmati komisen dan ganjaran hasil dari penjualaan dan penajaan anda termasuk bonus overriding hasil dari pembelian product daripada downline anda. Cuma anda sendiri tidak berpeluang menikmati penjimatan kad prepaid kerana anda membayar bil telefon bimbit anda secara postpaid. Itu sahaja bezanya.

Adakah perniagaan ini boleh dipercayai dan selamat?

Mymode diasaskan oleh sebuah syarikat yang amat kukuh iaitu Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd. Telah diasaskan semenjak 2003 dan telah memenangi beberapa anugerah di peringkat Asia.

MyMode telah mempunyai lebih daripada 35,000 ejen di Malaysia untuk tahun 2004 dan sehingga Januari 2007 ia telah meningkat kepada 180,000 orang! Jadi anda tidak perlu bimbang tentang kesahihan syarikat MyMode. Anda boleh menghubungi MyMode secara terus disini. MyMode mengambil segala langkah yang termampu untuk memastikan keselamatan data anda tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Soalan-soalan Lazim Dari Agent Mymode

Apakah yang saya perlu lakukan setelah menjadi ahli?

Anda perlu login ke http://www.mymode.com.my dengan menggunakan :

Mobile No: (Nombor telefon bimbit anda yang anda gunakan dalam pendaftaran)
Password: (Nombor PIN empat angka yang diberi oleh MyMode melalui SMS)

Pergi ke bahagian 'Edit Profile' untuk mengemaskini maklumat mengenai diri anda seperti nama, alamat, no telefon, akaun bank untuk pembayaran bonus dan sebagainya.

Anda akan dibekalkan STARTERKIT untuk memulakan perniagaan ini selain perlu berinteraksi 2 hala dengan introducer anda untuk memudahkan anda menjalankan kerja secara berkumpulan. Buku Panduan Guideline Lengkap Mymode dan lain-lain dokumen sokongan telah kami sediakan. Terdapat juga tips-tips, simulation pengiraan bonus, pelan pemasaran dan lain-lain lagi. Perlu di ingat, Starterkit ini hanya diberikan kepada Agent Mymode yang berdaftar dibawah group kami sahaja.

Mengapakah perlu membayar yuran keahlian (RM65) tersebut ke akaun bank penaja dan bukannya kepada Syarikat Asia Mobile Commerce?

Setiap agent baru memerlukan penaja. Hanya Agent Mymode yang telah berdaftar sahaja boleh mendaftarkan anda. Pendaftaran dilakukan hanya dengan menggunakan arahan SMS ke server gateway Mymode yang beroperasi 24 jam. Pihak syarikat akan memotong kos yuran pendaftaran sebanyak RM65 tersebut secara automatik dari credit Mymode penaja tadi. Kerana itu yuran keahlian anda perlu dibayar kepada beliau.

Adakah saya perlu membuka akaun Maybank untuk berurus niaga dengan syarikat?

Tidak, anda boleh menggunakan akaun bank sedia ada. Jika anda tidak mempunyai akaun bank, maka anda perlulah membuka akaun bank baru di mana-mana bank yang anda suka. Dan urusan dengan syarikat masih boleh dibuat dengan menggunakan ATM Machine. Kelebihan kepada pemegang kad ATM Maybank Kawanku, kerana menu untuk menambah prepaid Mymode telah dimasukkan kedalam sistem ATM berkenaan.

Maklumat akaun bank anda boleh di masukkan ke dalam akaun MyMode anda dengan login ke http://www.mymode.com.my. Bank akaun diperlukan untuk tujuan pemindahan prepaid point dari akaun MyMode ke dalam akaun bank anda dalam bentuk wang tunai.

Apakah produk-produk yang boleh saya jual?

Anda boleh menjual produk mudah-alih MyMode tanpa perlu membuka rumah-kedai dan menyimpan stok. Produk yang ditawarkan:

Kad-kad prepaid dan kad-kad reload, kad IDD/STD, Topup Jaring, Tmnet Prepaid, dan bermacam lagi.

Bagaimanakah pembelian dan penghantaran produk dilakukan?

Pembelian dan penghantaran semuanya dilakukan melalui arahan SMS. Anda boleh menhantar arahan SMS pada bila-bila masa ke server Gateway Mymode yang beroperasi 24/7. Anda akan mendapat nombor PIN Top-Up 14 digit yang kebiasaannya terdapat pada kad guris prepaid topup dalam bentuk SMS juga samada ke Handphone anda atau ke Handphone pelanggan berdasarkan arahan SMS yang anda masukkan.

Sila rujuk kepada bahagian Arahan SMS untuk keterangan lebih lanjut. Jika tidak ada kesesakan atau gangguan talian, penghantaran produk melalui SMS dilakukan hanya dalam 10 ke 30 saat!

Berapakah harga prepaid yang dikenakan bagi mereka yang telah menjadi Agent Mymode?

Anda tetap akan dikenakan harga pasaran. Contohnya jika anda membeli prepaid Maxis RM60, company tetap menolak RM60 daripada credit Mymode anda. Bezanya setiap produk ini tadi mempunya nilai PV masing-masing. Sebagai contoh, PV bagi prepaid Top-Up Maxis 60 adalah sebanyak RM3.30. Jumlah inilah yang akan dikumpulkan dan dikembalikan semula kedalam credit mymode anda dalam bentuk bonus pada setiap minggu mengikut pengiraan tertentu sepertimana yang terdapat dalam Pelan Pemasaran Mymode. Sila rujuk bahagian Untung Runcit untuk keterangan lanjut.

Apakah yang saya perlu jika saya hendak reload telefon bimbit saya, rakan saya atau pelanggan saya?

Pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Setiap kali anda menghantar arahan SMS kepada MyMode untuk reload, jumlah yang anda reload (harga kad prepaid yang anda ingin beli) akan ditolak dari baki akaun MyMode anda (bukan akaun bank atau credit prepaid handphone). Dalam masa yang sama, anda akan mendapat komisen hasil daripada pembelian ini yang dimasukkan terus ke dalam akaun MyMode anda pada setiap minggu. Untuk menambah nilai dalam akaun MyMode anda sila rujuk soalan 13 dibawah.

Anda perlu menghantar tempahan melalui arahan SMS seperti berikut:

Arahan SMS: no_PIN_andakod produkkuantiti
Contoh untuk membeli 2 keping prepaid CELCOM 30: 1234 C30 2

Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gatewy mymode.

Untuk kod produk, sila rujuk kepada bahagian Produk .

Setelah menghantar arahan ini, anda akan menerima jawapan dari MyMode beserta no PIN Top-up dan arahan bagaimana untuk menambah nilai kredit telefon bimbit berkenaan

Bagaimanakah cara pelanggan saya membayar saya jika mereka ingin top up telefon bimbit mereka melalui saya?

Mereka boleh membayar secara tunai kepada anda atau mereka boleh bank in ke akaun bank anda (bukan akaun MyMode) atau paypal. Secara tidak langsung anda tidak perlu pasal bonus yang diberi dalam bentuk credit Mymode kerana urus niaga kita dengan customer adalah secara tunai.

Apakah yang saya perlu jika saya ingin menaja Agent baru?

Untuk menaja anda hanya perlu menghantar arahan SMS kepada MyMode. Sila rujuk bahagian Arahan SMS untuk keterangan lanjut. Sebelum menaja pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Ini kerana setiap kali anda menaja, RM65 akan ditolak dari baki akaun MyMode anda.

Jadi tajaan anda perlu membayar RM65 kepada anda dahulu dan anda masukkan jumlah ini kedalam akaun MyMode anda. Ejen baru akan mendapat nombor PIN dari MyMode melalui SMS dan penyata baki RM11, tertera dalam akaun MyMode ejen baru untuk modal permulaan.

Anda juga mendapat komisen penajaan sebanyak RM10.00 yang akan di masukkan terus kedalam akaun Mymode anda.

Jika saya tidak membuat sebarang penajaan, adakah saya tidak akan mendapat apa-apa bonus?

YA!. Anda masih mendapat bonus melalui penggunaan sendiri dan penjualan prepaid. Tetapi jika anda ingin mendapatkan pendapatan hingga ribuan ringgit, anda perlu menaja. Lebih ramai downline anda lebih besarlah ganjaran kewangan yang anda terima. Dengan penajaan yang banyak akan menerima pelbagai bonus seperti Personel Retail Discount, Overriding Bonus, Unilevel Bonus, CM Club Bonus, mobilpreneur incentive, leadership incentive dan banyak lagi.

Untuk mendapat pulangan yang lumayan sebenarnya tidaklah terletak kepada berapa banyak anda mampu jual atau berapa banyak prepaid yang anda gunakan. Kerana keuntungan jualan runcit samalah seperti anda menjual nasi lemak di pasar malam (single Level Marketing).

Kunci kepada pulangan dan pendapatan bonus bulanan sehingga 4 ke 5 angka adalah terletak kepada tajaan. Ini kerana keuntungan runcit tadi apabila ditambah dengan elaun tajaan, digandakan pula dengan bonus star CM, dikala itu anda tidak perlu lagi bersusah-susah di pejabat. Sebaliknya hanya goyang kaki dirumah. Jadi fikirkanlah samada anda telah cukup selesa dengan keadaan anda sekarang!

Bilakah pemberian komisen dan bonus kepada para ejen dilakukan?

MyMode akan membayar komisen dan bonus setiap hari Khamis. Ini bermakna pembayaran dilakukan 4 kali dalam sebulan. Walaupun bonus ini diberikan dalam bentuk credit Mymode, namun anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan ke akaun bank anda. Pastikan anda maklumat akaun bank anda kemaskini dan tepat. Sila login ke ruangan ahli di portal rasmi MyMode di http://www.mymode.com.my

Bagaimanakah pembayaran bonus dilakukan? Adakah hanya dalam bentuk credit prepaid atau boleh di CASH kan?

Bonus diberikan dalam bentuk credit Mymode. Anda boleh menggunakan credit ini untuk tujuan pembelian Kad Prepaid atau untuk tujuan pendaftaran ahli baru. Dengan urus niaga tunai dengan pelanggan simboliknya bonus tadi akan menjadi wang tunai juga ke tangan anda.

Walau bagaimanapun sekiranya nilai ini terlalu banyak contohnya bonus mingguan anda telah mencecah 3-4 ratus seminggu, anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan ke akaun bank anda.


Bagaimanakah cara untuk memasukkan wang ke dalam akaun MyMode saya untuk dijadikan modal rolling?

A. Cara untuk top-up menggunakan Kad Maybank Kawanku dari ATM.

Masukkan kad ATM Maybank anda.


Pilih Menu 'Lain-lain pembayaran (Other transaction)'


Pilih Menu 'Pembayaran Prabayar (Prepaid Payment)'


Pilih Menu 'MYeCASH Prabayar (MYeCASH Prepaid)'


Pilih Menu Nilai mengikut Nilai yang anda mahukan dari Rm30 hingga RM400 (Pastikan duit dalam akaun maybank anda mencukupi)

Pilih jenis akaun bank anda samada akaun simpanan (saving account) atau akaun semasa (current account)

Anda akan mendapat resit maybank berserta no topup 16-digit untuk menambah nilai Mypoint anda.

Dengan 16 Digit Top-up Code pada resit tadi, hantarkan arahan SMS ke Gateway Mymode.

Arahan SMS: PINatm16 Digit Top-up Code

Contoh: 1234 atm 1234567890123456

B. Cara untuk top-up menggunakan Maybank2u.

Selepas login di web maybank2u menggunakan username dan password anda, klick menu Buy Online.

Kemudian klick pada Item MYeCASH Top Up (ada di bahagian Prepaid Top-up with PIN)

Di bahagian drop down menu Corporation name, pilih MYeCASH dan kemudian klick butang Continue.

Di bahagian jumlah, pilih amount atau jumlah yang anda inginkan. Pastikan anda mempunyai baki duit yang cukup di dalam akaun maybank anda untuk tujuan ini.

Klick pada Request TAC number supaya no TAC dihantar ke Handphone anda.

Masukkan no TAC yang anda terima tadi di ruangan yang disediakan dan kemudian klick butang Confirm.

Sistem maybank2u akan memaklumkan proses pembelian MYeCASH selesai beserta no topup akaun MYeCASH anda. Sila salin no PIN 16-digit pada bahagian Reload Number.

Type Arahan SMS: PIN(jarak)ATM(jarak)16-digit-topup-code
Contoh: 1234 ATM 3284954176594490

dan hantarkan ke mana-mana GATEWAY MYMODE. Selesai~!

Bagaimanakah untuk mengeluarkan prepaid point (wang) dari akaun MyMode saya ke akaun Bank saya?

Bonus dan komisen anda dikira setiap hujung minggu dan dimasukkan terus ke akaun Mymode anda dalam bentuk 'prepaid point' (1 prepaid point = RM1.00). Anda boleh mengeluarkan bonus dan komisen terkumpul anda dengan menghantar arahan SMS berikut:

Arahan SMS: No_PIN_andacashjumlah_yg_dikeluarkan( tanpa perkataan 'RM')
Contoh: 1234 cash 1000

Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode

Setelah arahan anda diterima, jumlah tersebut akan dipindahkan ke akaun bank yang anda telah sediakan dalam profile anda. Jadi pastikan maklumat bank anda adalah tepat.

*Setiap pemindahan wang dari akaun MyMode anda ke akaun bank anda, akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 sebagai kos perkhidmatan. Jumlah ini akan ditolak terus dari jumlah yang anda keluarkan. Anda akan diberitahu melalui SMS selepas wang tersebut masuk ke dalam akaun bank anda.

Saya terlupa No PIN Mymode saya. Apa yang harus saya lakukan?

Untuk mendapatkan nombor PIN anda semula, anda perlu bantuan dari penaja anda kerana dia boleh menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar arahan SMS kepada MyMode supaya menghantar no PIN anda itu melalui SMS kepada telefon bimbit anda.

Arahannya: PINpintoNoHP_downline_yg_lupa_pin
Contoh: 1234 pin to 012345678

** Arahan diatas hanya boleh dilakukan oleh Direct Upline Mymode anda sahaja. Jika anda tak tahu siapa Direct Upline Mymode anda, sila hubungi pihak syarikat ditalian 03-42702703 (waktu pejabat).

Apakah MyMode prepaid Points (MyP)?

MyMode Prepaid Points atau MyPoints merupakan sistem pembayaran yang ditawarkan kepada ejen MyMode. Para ejen boleh mengumpul dan menggunakan MyP untuk membeli produk-produk MyMode secara online dan melalui SMS tanpa menggunakan wang tunai atau kad kredit.

Setiap kali anda menerima komisen atau bonus, anda akan dibayar dalam bentuk PP. PP dikumpul didalam akaun MyMode anda yang boleh dipindahkan ke akaun bank yang anda tetapkan. Anda juga boleh menambah nilai PP anda dengan memasukkan wang ke akaun syarikat. Sila rujuk soalan 13 untuk keterangan lanjut. 1MyP bersamaan dengan RM 1.

Telefon bimbit saya kehabisan kredit, bolehkah saya menggunakan telefon lain kerana saya tetap menggunakan PIN yang sama dalam arahan SMS saya kepada MyMode?

Tidak boleh. Anda perlu menggunakan telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan MyMode. Jadi anda perlu tambah nilai telefon bimbit yang kehabisan kredit itu sebelum anda boleh berurusan dengan MyMode.

Berapa lamakah saya perlu tunggu jawapan dari MyMode apabila menghantar arahan SMS?

Jika tidak berlaku kesesakan talian, anda akan menerima jawapan SMS daripada MyMode hanya dalam beberapa saat dan tidak lebih dari seminit.

Saya merupakan Agent Mymode sebelum ini. Bolehkan saya mendaftar semula dengan menggunakan nombor yang sama?

Tidak boleh. Satu no HP hanya boleh didaftarkan untuk satu akaun Mymode sahaja. Memandangkan keahlian mymode adalah seumur hidup, maka ia tidak boleh didaftarkan semula. Jika anda tetap ingin menggunakan nombor lama untuk mendaftar semula dengan kami, pertama anda perlu mengisi borang pertukaran nombor telefon untuk memindahkan keahlian lama anda ke nombor yang lain dari ruangan ahli portal rasmi Mymode dan kemudian fax kepada pihak syarikat.

Setelah proses tersebut selesai barulah nombor lama anda boleh didaftarkan semula

Bagaimanakan cara untuk berjaya dalam program ini?

Terdapat tiga cara utama untuk berjaya dalam MyMode iaitu melalui:

Mengguna Produk
Anda boleh menggunakan produk MyMode sendiri dengan menambah nilai (top up) telefon bimbit anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat komisen, bukan tuan punya kedai.

Menjual
Pendapatan anda akan bertambah apabila anda menjual produk MyMode kepada orang lain. Mereka akan top up telefon bimbit mereka melalui anda, bukan lagi kedai telefon dan anda akan mendapat komisen .

Menaja (recommended)
Menaja ejen baru merupakan satu-satu cara yang membolehkan anda melipat-gandakan pendapatan anda. Perniagaan berkonsep Networking ini akan membolehkan anda memperolehi pendapatan sehingga ribuan ringgit melalui penajaan. Ini kerana anda mendapat komisen bagi setiap produk yang dijual atau setiap penajaan yang dilakukan oleh anda dan ejen dibawah anda.
 

Copyright @ 2008 Prepaid MYeCASH: Soalan-soalan Lazim | Original Template: Wordpress Themes | Modified By Uncle is | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top